Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Indonesia Akan Alami Gunung Berapi Dahsyat

Posted by Faiz On 11:30:00 pm

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

gempa-bumi

SYDNEY: Pakar Australia semalam, memberi amaran Indonesia menghadapi kemungkinan letupan gunung berapi besar atau “super volcano” yang lebih dahsyat jika dibandingkan dengan semua bencana alam sebelum ini. Profesor Ray Cas dari Fakulti Geosains Universiti Monash berkata gunung berapi super volcano terbesar di dunia adalah Tasik Toba, di Sumatera, Indonesia yang menjadi kawasan gempa bumi besar baru-baru ini. Cas memberitahu media Australia semalam, Toba terletak dalam garisan gempa yang melalui tengah Sumatera, dekat dengan kawasan di mana pakar seismologi berkata gempa ketiga mungkin tercetus ekoran gegaran 9.0 pada skala Richter 26 Disember lalu dan gempa bumi 8.7 magnitud Isnin lalu. Kesemua gempa bumi berkenaan berlaku di sepanjang garisan gempa yang melalui kawasan luar pantai Sumatera dan menyebabkan tekanan seismologi yang boleh mempercepatkan letupan gunung berapi. Cas berkata Toba pernah meletup 73,000 tahun lalu dalam kejadian dahsyat yang mempengaruhi keseluruhan cuaca dunia. “Letupan itu menyebarkan debu dan serpihan batu seluas 1,000 kilometer persegi ke ruang atmosfera, kebanyakannya adalah abu halus yang menghadang pancaran matahari, menyebabkan dunia kembali semula ke zaman ais,” katanya. Saintis berkata, super volcano adalah bencana paling bahaya di muka bumi. “Satu-satunya ancaman yang lebih dahsyat daripada itu adalah asteroid jatuh dari angkasa. “Ia mungkin akan tercetus dalam masa beberapa tahun, 50 atau 1000 tahun lagi,” katanya. Gunung berapi besar seperti itu juga ditemui di Itali, Amerika Selatan, Amerika dan New Zealand, di mana Gunung Taupo mungkin meledak. “Ia akan menghasilkan letupan besar setiap 2,000 tahun dan kali terakhir meletup kira-kira 2,000 tahun lalu,” kata Cas. “Angka korban akibat ledakan super volcano boleh mencecah beratus ribu hingga beberapa juta dan akan mendatangkan kesan serius ke atas iklim, cuaca dan pengeluaran hasil makanan, menurut Cas.


Share/Bookmark
Category : ,

2 Response to "Indonesia Akan Alami Gunung Berapi Dahsyat"


  1. nsib baik malaysia berada kt luar lingkaran gmpa bumi n gng berapi~~~

     

Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers