Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

solat-dan-doaApabila berdepan dengan masalah, lazimnya diri di selubungi tekanan, malah fikiran boleh menjadi celaru kerana memikirkan masalah yang tidak berpenghujung. Bagi me ringankan tekanan, ada beberapa cara patut diketahui:


1. Bersabar dengan segala yang menimpa. “Wahai anakku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta la ranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan ber sabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.” (Luqman:17)


2. Anggap masalah itu sebagai satu ujian, yang akan meningkatkan keimanan dan ketabahan. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan di biarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (al-Ankabuut:2-3)

6a00d83451c27169e20120a74b932b970b-500wi
3. Setiap masalah ada hikmahnya, seperti dapat meng gugurkan dosa. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya, seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


4. Kesulitan, masalah dan kesempitan akan menyedarkan manusia betapa kerdilnya diri sebagai hamba, sekali gus menyedarkan diri akan keagungan dan kekuasaan Allah. “Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.” (al-Baqarah:156)


5. Adanya masalah, kesakitan dan kesusahan, membolehkan manusia membezakan di antara keselesaan (nikmat) dan kesengsaraan (bala). Justeru, ketika inilah manusia dapat menjiwai erti kesyukuran.


6. Ujian adalah tanda Allah mencintai seseorang itu. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa dikehendaki Allah ba ginya kebaikan, akan diberikan cubaan kepadanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)


7. Ingatlah masalah dan kesulitan yang kita hadapi lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami orang lain.


8. Menyedari hakikat, kehidupan tidak lari daripada ma salah, cuma bezanya kecil atau besar masalah dihadapi. Jika masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.


Share/Bookmark
Category : , , ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

gempa-bumi

SYDNEY: Pakar Australia semalam, memberi amaran Indonesia menghadapi kemungkinan letupan gunung berapi besar atau “super volcano” yang lebih dahsyat jika dibandingkan dengan semua bencana alam sebelum ini. Profesor Ray Cas dari Fakulti Geosains Universiti Monash berkata gunung berapi super volcano terbesar di dunia adalah Tasik Toba, di Sumatera, Indonesia yang menjadi kawasan gempa bumi besar baru-baru ini. Cas memberitahu media Australia semalam, Toba terletak dalam garisan gempa yang melalui tengah Sumatera, dekat dengan kawasan di mana pakar seismologi berkata gempa ketiga mungkin tercetus ekoran gegaran 9.0 pada skala Richter 26 Disember lalu dan gempa bumi 8.7 magnitud Isnin lalu. Kesemua gempa bumi berkenaan berlaku di sepanjang garisan gempa yang melalui kawasan luar pantai Sumatera dan menyebabkan tekanan seismologi yang boleh mempercepatkan letupan gunung berapi. Cas berkata Toba pernah meletup 73,000 tahun lalu dalam kejadian dahsyat yang mempengaruhi keseluruhan cuaca dunia. “Letupan itu menyebarkan debu dan serpihan batu seluas 1,000 kilometer persegi ke ruang atmosfera, kebanyakannya adalah abu halus yang menghadang pancaran matahari, menyebabkan dunia kembali semula ke zaman ais,” katanya. Saintis berkata, super volcano adalah bencana paling bahaya di muka bumi. “Satu-satunya ancaman yang lebih dahsyat daripada itu adalah asteroid jatuh dari angkasa. “Ia mungkin akan tercetus dalam masa beberapa tahun, 50 atau 1000 tahun lagi,” katanya. Gunung berapi besar seperti itu juga ditemui di Itali, Amerika Selatan, Amerika dan New Zealand, di mana Gunung Taupo mungkin meledak. “Ia akan menghasilkan letupan besar setiap 2,000 tahun dan kali terakhir meletup kira-kira 2,000 tahun lalu,” kata Cas. “Angka korban akibat ledakan super volcano boleh mencecah beratus ribu hingga beberapa juta dan akan mendatangkan kesan serius ke atas iklim, cuaca dan pengeluaran hasil makanan, menurut Cas.


Share/Bookmark
Category : ,

Berkasih Sayang Tanpa Ucapan

Posted by Faiz On 12:01:00 am 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

mee-goreng
Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.


Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang.


Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.


Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan.


Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.


Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.


Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.


Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman.


Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya


Share/Bookmark

Bersangka Baik Amalan Mulia

Posted by Faiz On 11:15:00 pm 1 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

bersangka-baik-236x250

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

p/s: Tak salah klu antara kita semasa Islam saling ingat mengingati.

Share/Bookmark

Berhikmah Dan Berakhlak Dalam TEGURAN

Posted by Faiz On 2:00:00 pm 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

Kelembutan Penyeri Peribadi
Ustaz Umar Tilmisani rahimahullah berkata:“Apabila melakukan teguran, Imam syahid Al-Banna menuturkan kata-kata teguran yang lemah lembut dengan suara yang halus dan tidak dengan nada yang tinggi. Beliau akan menegur kesalahan dan menyatakan kesalahan tanpa menyakiti atau mengguris hati ikhwah.”

bahagia
“Di saat senang, beliau memanggilku dengan namaku sahaja… Wahai Umar.”
“Namun, apabila ada sesuatu yang menyimpang dan harus diperbetul dan diluruskan, maka beliau akan memanggilku dengan panggilan… Wahai Ustaz Umar.”
“Apabila terdengar sahaja panggilan itu, maka saya akan segera menyedari bahawa ada hal yang tidak menyenangkan atau ada perkara yang perlu saya perbetulkan. Maka saya akan segera berkata, Apa yang terjadi?”


Beliau membalas pertanyaan dengan simpulan dan kuntuman senyum yang indah mekar di bibir. Sehingga apabila melihat wajahnya, maka sesiapa yang sedang marah, maka perasaan geramnya pasti akan reda dan hilang. Lalu, beliau akan menyampaikan isi tegurannya dengan bahasa yang lembut yang menyentuh hati dan juga menyenangkan jiwa yang mendengar.”


Di kala ambang peperiksaan makin menggundahkan hati dan perasaan kita, emosi dan jiwa seseorang itu sememangnya mudah terusik dan terguris. Maklum dengan suasana getir dan tegang di kala peperiksaan menyebabkan hati menjadi sedikit keras dan statik. Kurangnya kedinamikan yang boleh melentur hati supaya menyemai rasa berlapang dada dan lebih terbuka kepada salah silap mahupun sikap yang mungkin sedikit keras oleh rakan kita. Syaitan akan lebih mudah untuk meniup rasa dengki dan nafsu amarah akan makin membuak-buak api kemarahannya dimangkin oleh hasutan syaitan.


Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita untuk menghadapi perasaan marah ini berdasarkan hadith dari Sulaiman Bin Shurad:
“Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling bermaki-makian antara seorang dengan kawannya. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya saja niscayalah mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya -kemarahannya, yaitu andaikata ia mengucapkan: “A’udzu billahi minasy syaithanir rajim,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu. Orang-orang lalu berkata padanya - orang yang merah padam mukanya tadi: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Selain itu, Rasulullah pernah bersabda bahawa:
“Seseorang yang kuat di kalangan sesuatu kaum bukanlah orang yang dapat mengalahkan semua orang di kalangan kaumnya tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang dapat menahan dirinya daripada berasa marah.”
Allah turut berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 134:“(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”(Surah ali-’Imran [3]:134)Sememangnya menjadi suatu signifikan buat kita para daie untuk mengikis sifat marah dan memupuk serta menyemai subur sikap lemah lembut dalam diri. Menjadi suatu bekalan yang sangat penting buat kita dalam jalan yang penuh dengan liku-liku ini di mana, sifat lemah lembut mampu untuk menarik manusia kembali kepada Allah.
Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah-lembut dan mencintai sikap yang lemah-lembut dalam segala perkara.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Allah turut berfirman dalam Surah Furqan,
“Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan (iaitu mereka mengucapkan salam).”
(Surah al-Furqan [25]:63)
Jelas di sini bahawa kita perlu bersikap lemah lembut dalam semua perkara. Hatta khudwah hasanah kita yang kita junjungi, Rasulullah SAW sentiasa bersikap lemah lembut. Baginda mungkin pernah bersikap tegas, tetapi semuanya dengan nada yang lembut dan sangat menyentuh hati.
Perlu kita ingatkan bahawa dalam kita sibuk mengejar manusia dan menulis manusia, dalam keghairahan kita, adakah kita telah mengkorporasi sikap lemah lembut dalam teknik dakwah kita? Mungkinkah teguran kita terlalu tegas? Adakalanya, mungkin difikirkan bahawa kata-kata yang diucapkan adalah bersesuaian dan menepati situasi, namun, setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan.

tazkirah
Seseorang itu mungkin mudah terusik atau terguris walaupun kata-kata yang diucapkan langsung tidak mempunyai unsur-unsur kasar mahupun kata-kata tajam yang mampu menusuk jiwa. Seringkali dirasakan bahawa kata-kata yang diucapakan seolah-olah kata-kata yang biasa atau madah nasihat yang mudah untuk diterima. Namun, persoalannya, adakah kita pernah terfikir dengan perasaan orang tersebut. Semangat kita yang tinggi mungkin secara tidak sengaja boleh menorah luka perasaan di jiwa ikhwah yang lain. Maka berhati-hatilah dalam usaha kita untuk menegur, malah di kalangan ikhwah sendiri. Jangan semangat yang menjulang tinggi menyebabkan kita kabur terhadap perasaan ikhwah di sekeliling.
Malah Syed Qutb pernah berkata:


“Kita menyeru dan memerangi manusia dengan kasih sayang dan lemah lembut. Nampak seperti ironi, namun itulah hakikat yang perlu kita implementasikan.”
Kata-kata beliau ditujukan buat daie-daie muda yang penuh dengan semangat tetapi risau jika disalurkan pada saluran-saluran yang terselitnya rasa marah. Impak yang lebih teruk ialah, orang yang diseru mungkin akan lari dan menyebabkan usaha kita sia-sia malah dikutuk oleh Allah.


Rasulullah bersabda:
“Berikanlah kemudahan dan jangan mempersukarkan. Berilah kegembiraan dan jangan menyebabkan orang lari.”
(Muttafaqun ‘alaih)
Semoga kita lebih peka dengan perasaan dan jiwa sahabat-sahabat kita. Namun, jadikan ia sebati dalam diri supaya berkat izin Allah, moga kita praktikkan selalu.


Share/Bookmark
Category : ,

Berhentilah Menangis..

Posted by Faiz On 11:00:00 pm 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

cry

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "...
..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
RENUNG2KAN.....


Share/Bookmark
Category : , ,

Aduan Polis Yang Lawak

Posted by Faiz On 2:00:00 pm 5 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 pdrm2

Tersebutlah kisah 3 orang sahabat baik iaitu BODOH, MASALAH dan SOPAN-SANTUN. Mereka selalu bersama apabila hendak kemana-mana. Pada suatu hari, MASALAH baru berkenalan dengan seorang gadis lalu mengikut gadis itu pergi entah kemana tanpa pengetahuan dua orabg rakannya. Setelah dua hari berlalu, BODOH dan SOPAN-SANTUN menyedari akan kehilangan MASALAH lalu membuat laporan polis. SOPAN-SANTUN tidak mahu masuk dan menunggu di luar sahaja. Jadi, BODOH seorang sahaja lah yang masuk membuat laporan. (Semasa di dalam balai polis...)
BODOH : Selamat pagi, tuan.
POLIS : Selamat pagi. Ada apa yang boleh saya tolong?
BODOH : Saya datang hendak membuat aduan, tuan.
POLIS : Oh...begitu. Siapa nama awak?
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa ??
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Tolong ulang sekali lagi !! (Dengan nada marah)
BODOH : BODOH, tuan.
POLIS : Apa kena dengan awak ni hah?? Mana perginya sopan-santun awak?
BODOH : Ada di luar, tuan.
POLIS : Hish !! budak ni..!! Adakah awak datang sini untuk mencari masalah??
BODOH : Ya, tuan. Bagaimana tuan tahu?
POLIS : Arrrghh !!!!!! (Bengang sambil menarik-narik rambutnya)


Share/Bookmark
Category :

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

vmoyktov

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelok kan penampilan seseorang.


Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba- tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! La! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saj a artikel ni yek!


Jarang dan kecil;
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya, Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah, Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah. Beralah sajalah!


Bersaiz sederhana dan rata .
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini? Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/ kekasih macam mereka ni kan?


Besar dan jarang .
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja. Leb ih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas, mer eka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!


Jongang dan kecil.
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi r16;ke depanr17; tu tak cantik . Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar .
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki. Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selainitu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun .
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya r16;cantikr17;. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala merimaskan. Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain

.
Seolah masuk ke dalam.
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah r16;ke dalamr17; sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga cukup pandaimenyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun.
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini dikat akan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai! Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka seorang kekasih yang hebat


Share/Bookmark
Category : , ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 images-Peranan_Suami_Ketika_Isteri_Hamil_281507422

 

Lelaki
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri
berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh
suaminya.
BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

tazkirah 
Wanita
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya. Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ....
"HiDuP Ini pENuh DeNgaN ILLusI HaNYa KEikHLasAN MeNJadi HarTA paLiNG
BerHaRGa"
TiDaK DiNaMaKaN HiDuP JiKa TiDaK aDa KeKuSuTaN.
TiDaK DiNaMaKaN KeMaTaNgaN JiKa TiDaK aDa KeKaLuTaN.


Share/Bookmark
Category : ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

9836_Mitos malam pertama-doly

bile bercinta dlm 1 tmpt yg sama..
1)x bosan ke asyik dok muke pasangn korg je korg jmper...(lum khwin dh bosan..apatah lg pas khwin)
2)bile nk g mkn msty nk g berdua2..smpikn member ajak pun korg trpkse tolak...(sbb nk jge aty psngn)
3)pe yg kite nk wt semue yg kne fkir dlu tntg aty pasangn kite tue..sbb tkot wt die trkecik aty n so on..(kdg2 smpi kn korg nk lepak gn mmber pun tkot2 di slah angp oleh psgn msing2..)
4)kdg2 x bebas(sbb kdg2 byk spy yg ade n mak kepoh yg suke myampai cite kpd psngn anda bile anda wt ssuatu)
5)kalu brgaduh pun anda sndiri akn brmasam muke dan boleh wt org sekeliling anda meneka yg memg SAH korg tgh brperang..(fhm cgt trutama org ppuan)
6)anda akn lebih brsikap cemburu n sering je nk brtekak skire nyer slh sorg dr pasangan anda tu di USHA or di ngorat oleh org lain tmbh2 lg dpn mata korg psngn korg tu di ngoratkan..kan kan??..(cpt je nk melenting)ishhhh
*kesimpulan nyer..payah tau nk bercinta 1 tempat mcm dlm kolej or tmpt keje..korg kne byk sabau..jgn cpt melenting..jgn cpt cmburu,jgn cpt slah sangka jika memg anda mmpunyai psgn yg berada 1 tmpt dgn anda bkeje atau belajar..okey...klu bosan..urmm sndiri mau ingt lah..okey!!


Share/Bookmark
Category :

Kerana 5 Sen Badan Merana

Posted by Faiz On 2:23:00 pm 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

5sen

Syiling lima sen modal pukau: Gadis kebas beg wanita selepas hilang ingatan di stesen LRT.


KUALA LUMPUR : sekumpulan warga asing dikesan menggunakan syiling lima sen untuk memukau pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) sebelum melarikan barangan berharga mereka, termasuk wang tunai.

Mulanya syiling lima sen itu dicampak ke lantai sebelum mangsa
mengutipnya lalu menyebabkan meraka tidak seadarkan diri lebih 30 minit.
Dalam ks terbaru kelmarin, seorang wanita langsung tidak sedar beg
tanganya dilarikan penjenayah itu selepas mangsa tunduk mengutip syiling
di kakinya.
Kejadian pukau itu dilakukan seorang gadis ketika mangsa di stesen LRT
Setiawangsa tanpa disedari orang ramai di kawasan itu.
Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa yang hanya mahu dikenali, Siti Rabiah
50-an hanya menyedari kehilangan beg tangannya sebaik tiba ke pintu
rumahnya
Di Taman Keramat Permai.
Menurut Siti Rabiah, dalam kejadian itu, dia yang baru habis berkerja
pulang ke rumah menaiki LRT dari Taman Melawati sebelum berhenti di
Stesen Setiawangsa.
"Sebaik keluar dari gerabak, saya berjalan pulang ke rumah. Tiba-tiba
saya terlihat lima sen di lantai sebelum memungutnya.
"Selepas mengambil syiling terbabit saya tiba-tiba menjadi hilang
ingatan dan kaku sebelum berjalan meninggalkan stesen LRT berkenaan,"
Katanya.
Sebaik tiba ke rumah setangah jam kemudian, dia sedar beg tanganya
hilang.
Seingatnya kali terakhir beg tangan itu dibahu ketika memungut syiling
itu sebelum berjalan pulang.
Kata Siti, dia kemudian memberitahu kejadian itu kepada anak saudara
yang mencari beg tangan itu di Stesen LRT berkenaan.
Pada jam 10.30 malam, anak saudara menghubungi telefon rumahnya untuk
kepastian berhubung telefon bimbit miliknya..
Ini kerana dia melihat seorang wanita berusia awal 20-an dalam keadaan
mencurigakan sedang menggunakan telefon bimbit.
"Selepas saya mengesahkan telefon bimbit itu sama dengan telefon saya
dia kemudian mengekori wanita itu yang menaiki Perdana V6.
"Anak saudara saya juga sempat mencatat nombor plat kereta itu,"
katanya.
Siti Robiah beberapa kali cuba menghubungi nombor telefon itu, tetapi ia
dimatikan suspek.
Dia menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut suspek
membuat laporan polis jika enggan menyerahkan beg tangan dan telefon
bimbitnya
Kerana nombor plat kereta terbabit sudah diketahui.
"Ternyata idea saya itu berhasil kerana selepas beberapa minit seorang
lelaki menghubungi dan meminta saya ke stesen LRT itu.
"saya bersama empat saudara ke situ, tetapi selepas hampir 15 minit
menunggu, suspek gagal dikesan menyebabkan kami berpecah.
"tiba-tiba seorang lelaki berambut panjang muncul menyerahkan beg tangan
dan telefon bimbit itu kepada saya.
Dia mendakwa beberapa lelaki menyuruhnya menyerahkan beg itu," katanya
yang mendakwa lelaki itu terketar-ketar menggunakan dialek indonesia.
Siti Rabiah mendapati wang tunainya hanya tinggal RM30 menakala RM200
lagi lesap dan semua dokumen penting diperoleh semula.


Share/Bookmark
Category : , ,

Berhati-hati Ketika Membeli Sos

Posted by Faiz On 10:15:00 pm 3 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.
Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee speghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.


Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls..... dikunyah rasa masin-masin. Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan kecil sekadar nak rasa.

 

prego
Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada
mushrooms tetapi yang ini lain sedikit..... saya pun bergegas ke
dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for
Speghetti keluaran PREGGO made inUSA .

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam orang hamil. Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato, bla-bla, bla-bla....... pork minced meat! Astaghfirullaahal aziim............... saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya
terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki
Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi. Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya buang.

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.
Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging
babi................ kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak
dapat REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.
ASTAGHFIRULLAAHAL AZIIM

p/s: saya bukan lah aku…


Share/Bookmark
Category : ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

11unbelieve

37,037 didarabkan dengan sebarang nombor dari 1 - 9, kemudian darabkan dengan 3, jawapannya pasti sama dengan nombor yang anda pilih.
Misalanya, 37,037 X 4 X 3 =444444
********************************************* **************
Jika anda darabkan 111,111,111 dengan 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321
********************************** *************************
Perkataan utk polis 'Cop' berasal dari perkataan 'Constable of Patrol' diEngland.
******************************************* ****************
Perkataan Jepun 'Karaoke' bermaksud 'OrkestraKosong'
*************************************** ********************
Perkataan 'Good-bye' asalnya dari perkataan 'God be withyou'
****************************************** *****************
'So Long' berasal dari perkataan Arab ' Salam'
********************************************* **************
Perkataan 'racecar' dan 'kayak' jika diterbalikkan adalahsama.
********************************************** *************
Nama semua benua bermula dan berakhir dengan huruf A
************************************************** *********
Perkataan 'checkmate' berasal dari bahasa parsi 'shah mat' yang bermaksud 'raja dahmati'
***************************************** ******************
Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah Mohammad


Share/Bookmark
Category :

Perbicaraan Mahkamah Yang Paling Kejam

Posted by Faiz On 1:51:00 pm 4 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

mahkamah

Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah, Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.
Peguam bela: "Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tak ada Tuan!"
Peguam bela: "Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?"
Goh Kai Huat: "Tidak"
Peguam bela: "Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?"
Goh Kai Huat: "Adakah tuan maksudkan benda-benda lain selain dadah?" sambil tersengih-sengih...


Share/Bookmark
Category :
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..



Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998

(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)



Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t . dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Firman ALLAH s.w.t . :


"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)


Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :


"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia eninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )


Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.



1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.


Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah


* Saidul (penghulu) Istighfar


* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)


* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)


* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)


1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.


Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :


* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)


* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)


* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.



2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti

* Menakutkan anak-anak dengan sekolah


* Menakutkan dengan tempat gelap


* Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau


* Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur



3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak

* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak


* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.



4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif

* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).


* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.



5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).

* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani



6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.


Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :


Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)



7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas

* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.



8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.

* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.



9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya .

* Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.



10. Kesilapan kesepuluh :

* Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.



11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.

* Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.



12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak .

* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.



13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita,

* Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.



14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.

* Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.



15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

* Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Share/Bookmark
Category : , , ,

Barang Paling Mahal

Posted by Faiz On 11:06:00 am 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

rom10102281746.h2

Pada suatu ketika,iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya di pamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualnya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.


Barang yang di jual antara lain: dengki,iri hati,tidak jujur, tak tahu terima kasih,malas,dendam, dan lain-lain.


Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.
Salah satu calon pembeli bertanya; "ini alat apa namanya?"
Iblis menjawab; "itu namanya PUTUS ASA"


"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"
"Ya,kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."


Serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yg ada dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.


Share/Bookmark
Category : , ,

Sekali Menipu, Selamanya Menipu

Posted by Faiz On 12:37:00 am 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..




Dalam sebuah kampung nih...tinggal la 1 famili yg terdiri drpd si anak, ayah dan ibu...

si anak dan ayah sangat suke menipu..boleh kate tiap2 hari diorg kelentong penduduk2 kampung...

sbbkan itu, penduduk kampung x percaya kan diorg lagi...
nak dijadikan citer, suatu hari tu...si ibu jatuh sakit..si anak dan ayah cuba kasi taw penduduk kampung, tp x de sutir org pon percaya...
diorg pun fed up campur sedih....lps tu si ibu pun mati...si ayah dan anak masing2 merasa bersalah atas kematian isteri @ ibu yang tercinta....
so diorg wat keputusan nak berubah..x moh menipu lagi..
suatu hari tu, mase kat tepi sungai......


ayah: kite kena berubah...biar org percaya lagi kat kite..
anak : btul tu..
ayah : aish...boring la pulak...apekate kite main selam2 nak??? sape leh selam dlm sungai paling lama die dikira pemenang...
anak : woookey..bereh
lalu, si ayah pun terjun dlm air..si anak tunggu kat tepi tebing...
10 minit berlalu......
20 minit berlalu.....
30 minit berlalu....
si ayah masih x timbul2...si anak mula bimbang...
plurp...si ayah pon timbul....
anak : apsal lama sangat menyelam tadi????
ayah : ehehehe...sorry la ek..td mase tgh menyelam..ayah jumpa kawan baik ayah..pastu die ajak ayah minum kopi kat warung...sbb tu lama tadi..( kelentong si ayah)
kini, giliran si anak lak menyelam.....
x sampai 1 minit, si anak timbul...berserta kepalanya yg berdarah....
ayah : aik....cepat nya timbul...haaaaa, apsal kepala berdarah tu????
anak : ni sume ayah punya pasal la...len kali , kalu nak gi warung tuh, bawak la duit....x pasal2 saya lak kena tibai kat kepala pasal ayah x bayar hutang kopi td...adoiiiiiii

Share/Bookmark
Category : ,

Asalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

balik awal

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.


Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;
Mula-mula seorang kerani biasa;


Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah
boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi
lagi banyak pahalanya!
Kemudian, datang pula seorang supervisor;
Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak?
Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!
Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;
Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!
Tiba pula giliran Mat Peon;
Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah
seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!


Share/Bookmark
Category : , ,

Siksa Kubur

Posted by Faiz On 2:42:00 pm 0 comments

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.


Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.


Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan.


Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.


Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan.


Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada
di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.


Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu.


Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam.


Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa...Sila-silakanlah......


Share/Bookmark
Category : , ,

Salah Bapa Atau Salah Anak??

Posted by Faiz On 3:58:00 pm 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

jet 

(Adaptasi dari Kisah Benar)
Pada suatu malam, Khairul, seorang bapa yang prihatin memeriksa beg sekolah Elfi, anaknya, dan terjumpalah dia dengan surat lawatan ke Melaka bertulis tangan. Si bapa pun bertanya:
Khairul: Surat apa ni?
Elfi : Alahh... cikgu suruh buat karangan BM
surat rasmi..
Khairul: Buruknya tulisan.
Elfi : Lenguh tangan tadi. Banyak sangat
kerja rumah.
Khairul: Kesiannya anak bapak. Meh bapa
taipkan surat ni. Esok kalau cikgu
tengok mesti dia puji.
Maka dengan penuh kasih sayang si bapa pun taipkan surat itu.
Keesokannya si Elfi pun tunjukkan surat tersebut kepada kawan baiknya Akil. Mereka merancang untuk menipu bapa Akil bagi mendapatkan wang kononnya sekolah membuat lawatan ke Melaka.
Untuk dijadikan cerita, dua hari kemudian Elfi dan Akil telah ditangkap oleh Guru Disiplin kerana ponteng sekolah. Bapa Elfi dan bapa Akil pun dipanggil ke sekolah. Bapa Akil tidak puas hati kerana dia diberitahu yang anaknya pegi lawatan. Jadi camne dia bleh ponteng sekolah plak?! Setelah diselidik rupanya Bapa Akil telah dikelentong dengan jayanya hasil keprihatinan En Khairul, bapa Elfi. Last-last bapa dengan bapa bertengkar dan saling salah-menyalahkan. Salah siapa??


Share/Bookmark

Asalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

 

pengemis_splima

Sekadar citer-citer release tension....takde kena mengena dgn yg idup atau yg telah mati...
Bapa Pengemis, Tiga-tiga Anak kat Universiti!
Membaca artikel mengenai pengemis sebelum ini, teringat saya satu kisah. Walaupun berpendapatan tetap, kita sering mengeluh, harga minyak dan barangan semakin naik, hal anak-anak nak bersekolah lagi.
Tapi tahukah anda, ada seseorang yang menjadi pengemis tetapi mampu membesarkan anak-anaknya, sehingga anak-anak tersebut berjaya berada dekat universiti? Ketika itu, saya masih menuntut di sebuah kolej di Sunway.
Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50-an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya :Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nuun.
Saya :Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Dorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak kit incomnyer pasal
budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya: Cisss..Hampehhhhhh. ..!!!!
Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja tu balik, kalau taknak menerima nasib seperti pakcik.


Share/Bookmark
Category : ,
Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers