Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Baja Apa Lagi Baik?

Posted by Faiz On 3:00:00 pm
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..
 


1.0 PENDAHULUAN

Pertanian adalah industri yang terawal wujud dimuka bumi ini. Semenjak zaman Nabi Adam lagi telah wujud aktiviti pertanian untuk keperluan. Dizaman moden ini pertanian masih lagi merupakan sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara moden seperti di Malaysia. Justeru itu banyak pendekatan dan kaedah moden yang telah digunakan untuk memajukan lagi sektor pertanian seperti penggunaan mesin bajak yang mengganti penggunaan lembu, peningkatan sistem saliran secara moden , dan juga penggunaan baja organic, urea dan kimia dalam pertanian. Tidak semua teknologi dan kaedah moden yang digunakan dalam pertanian memberi manfaat contohnya penggunaan baja kimia dalam pertanian bukan sahaja membahayakan kesihatan bahkan menyebabkan pencemaran dan memusnahkan alam sekitar. Penggunaan baja kimia digunakan petani kerana dapat menghasilkan hasil tanaman yang cantik , berkualiti, dan tidak rosak akibat serangan serangga. Adakah para petani tahu bahawa baja kimia yang mereka gunakan amat merbahaya kepada kesihatan dan mempunyai banyak keburukan daripada kebaikan ataupun tiada alternatif lain yang boleh menggantikan penggunaan baja kimia. Kesemua persoalan diatas boleh diatasi dengan pengguanaan baja organic dan urea yang sememangnya mesra alam, tiada kesan sampingan dan semulajadi



2.0 BAJA ORGANIK
Baja organik boleh didefinisikan sebagai baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Baja organik yang asli membantu melindungi segala nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan dapat meningkatkan kualiti tanah dengan mikroorganisma yang semulajadi. Penggunaan baja organik bukan sahaja dapat menyuburkan tanaman malahan dapat memperkayakan kandungan nutrien didalam tanah. Selain itu, penggunaan baja organik juga dapat mengurangkan serangan hama dan penyakit malahan juga meningkatkan daya tahan tanah terhadap hakisan. Baja organic juga bebas dari benih rumput, tanaman liar, pathogen, parasit, dan phytotoxin. Malahan baja organic tidak berbau dan mudah digunakan.
Terdapat pelbagai jenis baja organic yang digunakan dalam industry pertanian seperti pupuk kandang, sluri, kompos cacing, gambut, rumpai laut, kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga dianggap sebagai baja organic. Lazimnya di Malaysia penggunaan baja organic dari baja gunung berapi dan baja organic dari kotoran cacing digunakan secara meluas dalam industry pertanian.



3.0 BAJA ORGANIK GUNUNG BERAPI
Baja gunung berapi adalah merupakan unsur organik dan mineral semulajadi yang diperlukan untuk kesuburan tanah dan memulihkan tanah mati. Ianya mengandungi aluminasilicate yang tinggi dimana ianya mampu meningkatkan keupayaan tanah memegang baja dan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman. Atom berbentuk honeycomb terbentuk dalam baja ini dapat mengimbangi pengudaraan dan pengairan tanah. Baja gunung berapi ini sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman terutama kelapa sawit pada tanah liat dan gambut, kelapa, padi, pokok buah-buahan dan lain-lain.
Antara kebaikan penggunaan baja gunung berapi adalah dapat menambah daya tahan tanaman dan dapat mengurangkan serangan penyakit, memaniskan hasil buah-buahan, serta menambah berat hasil tanaman, meningkatkan penyerapan air , merawat tanah masam dengan mengubah struktur tanah dan dapat mengekalkan tahap pH tanah, mengendalikan racun dari unsur aluminium.




4.0 VERMIKOMPOS ( baja organik cacing)
Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman. Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.
Kebaikan penggunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai najis haiwan. Selain itu, baja ini juga mengurangkan pembajakan antara musim, mengurangkan masalah perosak, penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila mutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memulihkan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.


Baja vermikompos bukan sahaja boleh digunapakai dalam pertanian sahaja malahan ia merupakan sumber pendapatan bagi mereka yang ingin menternak cacing. Malahan juga, Majlis Fatwa Kebangsaan telah berpendapat bahawa aktiviti penternakan dan penggunaan sisa buangan cacing tersebut adalah sah mengikut syarak. Ini boleh dibuktikan dengan keratan akhbar berikut.
"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan.

"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Dipetik dari akhbar Berita Harian
5.0 BAJA BIO-ORGANIK POME
Baja organic dari jenis ini dihasilkan daripada mendapan sisa buangan kolam kilang sawit (Palm Oil Mill Effluent – POME). baja ini adalah baja organic ciptaan terbaru yang berjaya dihasilkan oleh sekumpulan penyelidik daripada MPOB. Baja ini terhasil daripada sisa buangan sawit disedut keluar dan disejatkan menjadi kepingan kepingan kek. Di dalam satu jentera khas yang lain, kepingan kek dicampurkan dengan serat tandan sawit dan enzim khas berketahanan pada suhu tinggi yang diimport lalu diproses menjadi baja biomas dalam tempoh 24 jam.
Antara kebaikan penggunaan baja ini ialah ianya tidak merosakkan eko sistem, selamat di makan, murah separuh harga berbanding harga baja kimia di pasaran, dijamin gunakan baja dari sumber halal. Selain itu juga baja ini merupakan ciptaan sepenuhnya oleh anak tempatan.







BAJA ORGANIK DARIPADA NAJIS HAIWAN

Adakah penggunaan najis haiwan sebagai baja halal digunakan dalam islam? Keempat-empat mazhab bersepakat bahawa najis binatang yang halal dimakan boleh dijadikan sebagai baja tumbuh-tumbuhan. Ini bermakna islam membolehkan penggunaan najis haiwan sebagai baja.
Baja najis haiwan yang dimaksudkan adalah baja daripada najis haiwan ternakan seperti kambing,lembu,kerbau ,ayam dan lain-lain. Baja daripada najis haiwan tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Ianya juga boleh digunakan terus ataupun dikeringkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Tujuan pengeringan dilakukan supaya najis tersebut lebih mudah untuk dikendalikan dan dapat menghilangkan bau najis tersebut.
Najis-najis haiwan ini mengandungi nilai nutrien yg tinggi yang mempunyai kepentingan sangat tinggi untuk nutrisi tumbuhan. Ia mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi sekitar 60 – 70 %. Ia juga mengandungi bahan-bahan yang lain seperti fosfour, potassium, magnesium dan lain memperkayakan kandungan nutrisi tanah.






NAJIS BABI SEBAGAI BAJA ORGANIK

Baru-baru ini telah digemparkan mengenai penggunaan najis babi dalam pertanian. Hal ini baru sahaja dikesan walhal penggunaan najis babi tersebut telah digunakan secara meluas dalam industri pertanian di Malaysia selama 4 tahun, khususnya dalam penanaman padi. Baja-baja tersebut diimport daripada China dengan harga yang murah dan kemudiannya diedarkan kepada petani. Sedangkan babi itu telah jelas haram hukumnya dalam islam apatah lagi penggunaan najis babi. Sepatutnya segala jenis baja organik yang digunakan haruslah mendapat kelulusan daripada pihak yang bertanggungjawab. Kemana hilangnya JAKIM yang diberi kuasa untuk memantau perkara seperti ini. Sepatutnya pihak JAKIM harus mengawasi kemasukan baja organic yang diimport dari luar negara. Walaupun perkara ini nampak remeh tetapi ianya harus diberi perhatian yang serius kerana majority rakyat Malaysia beragama islam .






RUMUSAN:
Penggunaan baja organik merupakan langkah yang tepat bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mencegah penyakit. Para petani seharusnya memulaukan penggunaan baja kimia kerana ia memudarat alam sekitar dan kesihatan. Walaupun penggunaan baja organic adalah baik tetapi baja organic yang diimport daripada negara luar haruslah dipastikan dahulu kandungannya supaya ianya selamat dan halal untuk digunakan. Pihak kerajaan juga harus memainkan peranan dalam hal ini supaya baja organic daripada najis babi tidak berlaku lagi.
 

Share/Bookmark
Category : ,

0 Response to "Baja Apa Lagi Baik?"

Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers