Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Apa itu 3G?

Posted by Faiz On 11:00:00 pm
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Apa dia 3G ini? 3G adalah dari singkatan 3rd Generation atau Generasi ketiga. Generasi ketiga adalah dimana data boleh dimuat-turun dengan kadar yang lebih laju iaitu dengan kelajuan 384 kbps dan boleh mencecah 2Mbps.

Kita telah menyaksikan satu lagi sejarah dimana pengguna telefon bimbit di Malaysia telah boleh menikmati kemudahan telekomunikasi terkini yang lebih canggih iaitu kemudahan telekomunikasi 3G.


Jika ada 3G mesti ada 1 atau 2G, dimanakah 1 dan 2G ini?


Sebenarnya 1G atau generasi pertama telefon bimbit adalah pada tahun 1980. Dimana pada masa itu ianya hanya digunakan oleh tauke-tauke sahaja. Telefon juga besar jika letak atas meja boleh senget. Dalam poket memang tidak boleh.


Pada tahun 1990, teknologi 2G mula diperkenalkan dengan teknologi GSM, telefon telahpun menjadi lebih kecil dan telefon boleh memindahkan data dengan kelajuan 9.6 kbps.


Pada tahun 2000 2.5G telah diperkenalkan dengan kemunculan kaedah memindahkan data melalui GPRS. Kelajuan telah meningkat dari 9.6 kbps kepada 46 kbps, kemudian mucul pula EDGE masih dalam 2.5G dengan kelajuan 115kbps.


Dalam era baru pelanggan telah boleh melanggan kemudahan 3G ini dengan kelajuan 384 kbps. Sebenarnya 1G, 2G, 2.5G dan 3G tidak ada beza dari segi percakapan, ianya hanya berbeza apabila kita menggunakan telefon untuk kemudahan pemindahan data. Mengakses internet, memindahkan gambar, menonton TV, melihat pergerakan lalulintas dan perkara-perkara yang memerlukan pemindahan data yang cepat.
 


Share/Bookmark
Category : ,

1 Response to "Apa itu 3G?"


Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers