Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Kejutan Seorang Isteri Untuk Suaminya

Posted by Faiz On 7:06:00 pm
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Hari ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku..pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup aku.Bukan pengalaman manis…tapi pengalaman cukup pahit…sadis.. menikam sanubari aku.Macam ni cerita nya..


Aku habis kerja hari tu awal sikit..dalam pukul 2 petang.Aku pun cepat-cepat lah pergi dapatkan kereta aku yang aku parking kat tempat yang memang disediakan untuk staff macam aku ni.Tiba2 bila aku start saja enjin kereta,,mahu nya tak hidup enjin ni.Dah berpeluh aku try…tapi try punya try..macam tu jugak laaa.Masih degil!tak mahu hidup..menyumpah seranah aku.Tapi nasib aku baik sebab berhampiran tempat kerja aku tu ada laa macam bengkel kereta.Aku pun cepat-cepat panggil pomen kat situ datang service aku punya kereta.Pomen tu tanpa cakap banyak terus saja ikut aku ke kereta.Lepas check kereta aku sikit-sikit…’waaaaa…lu punya keleta aaa..manyak lama talak selevis..bilapa kali kamu selevis ini keleta sejak kamu bili?apa lu talak tau jaga keleta kaa..?’ Aku rasa mahu cekik saja apek tu.banyak cakap pula..dah laa aku ni lapar tahap cipan.Jadi tanpa fikir panjang aku bagitau apek tu nak ke kedai makan berhampiran dengan kereta aku jugak letaknya…so,sambil tunggu apek tu baiki kereta aku,boleh laa aku isi perut ni.

Sampai saja kat kedai makan tu,aku terus duduk dan order jus oren...kegemaran aku beb!lepas itu kebetulan atas meja tu ada laa pula telur rebus…pergh…ni aku lagi suka..dah lama aku tak merasa makan telur rebus ni sejak aku kawin.dulu masa hidup bujang mahu nya hari2 aku makan telur rebus.sehari tak makan memang tak sah!! Sekarang isteri aku masak best2..dah tak pandang dah telur rebus ni.Bila dah nampak makanan kegemaran aku depan mata..apa lagi…serangggggggggggg!!! Fuh…sedar2 dah tiga biji telur aku makan ….huh..nikmat betulll!sampaikan nasi aku order pun tak luak..lepas itu aku sempat lagi pesan kat makCik kedai makan tu suruh rebus lagi 3 biji..aku nak makan dalam perjalanan balik .Kereta aku pun dah siap repair jadi tak sempat menghayati kenikmatan telur rebus.

On the way nak balik rumah ni,aku terus makan telur rebus ni sambil2 drive laa…kempunan laaa katakan.Perjalanan balik rumah hari tu rasa lambat sangat sebab kesesakan jalan raya.fuh..naik bosan aku ..Telur2 pun dah habis aku telan.tiba-tiba masa berenti kat lampu isyarat aku rasa nak buang angin laa pulak..atau dalam bahasa saintifik nya..nak kentut!!! Aku pun apa lagi,lepas juga dalam kereta aku lah. Wekkkkkkk,,,nak pengsan aku rasa disebabkan bau kentut sendiri.Apa tak nya,6 biji telur aku telan ..kentut pun dah bau macam telur busuk. Tak tahan dengan kebusukan kentut aku sendiri yang berlegar2 dalam kereta aku yang ber’air-cond’,aku ambil tindakan drastik membuka tingkap agar kentut2 tu bebas berlari keluar dari kereta aku.Selang beberapa minit aku rasa nak kentut lagi dan lepas beberapa minit ada lagi rasa nak kentut…fuh memang kuat laa penangan telur ni hingga lah aku sampai rumah,aku agak-agak dalam 10 kali aku kentut ada laa kut.

Aku turun saja dari kereta isteri aku tersenyum lebar kat aku.Fuh hilang rasa penat nya tengok isteri tersenyum sambut aku pulang.Isteri aku terus capai beg aku dan bersalam dengan aku.Isteri solehah beb..tapi yang tak best nya,aku baru saja melangkah nak masuk rumah dia terus halang.’Nanti dulu Bang,Ina ada surprise untuk Abang.Jadi sebelum Abang masuk rumah,Ina nak tutup mata Abang dengan kain ni’,sambil mengangkat kain yang ada di tangannya.’Kenapa pulak ni?’aku mula tak senang duduk sebab terasa nak kentut balik.”Kalau Abang sayang Ina,ikut saja Ina buat apa..boleh tak Bang?’soal isteri ku ..manja siot!!! ‘Boleh laa sayang’,aku jawab acuh tak acuh saja..ye laa nak kentut pula ni..tapi takkan depan Ina isteri tersayang kut.Lalu Ina pun tutup laa mata aku dengan kain.Lepas tu aku dipimpin Ina kedalam rumah.Dia membawa aku ke meja makan.Aku dapat agak laa sebab rumah sendiri memang aku expert walaupon dengan mata tertutup.Isteri aku menyuruh aku duduk atas kerusi dan aku mula terbau masakan yang enak terhidang di atas meja.Mahu nya aku bukak penutup mata ni nak makan,tapi …’Abang jangan buka ye mata..nanti biar Ina buka sendiri..kalau Abang buka..Abang tak sayang Ina laa tu’, ‘Ok abang janji sayaaaannngggg..abang takkan buka’,jawab aku pula.tiba-tiba telefon berbunyi.’Abang,tunggu kejap ye,Ina nak pergi jawab phone’.Isteri aku terus bergegas ke meja telefon.Aku dapat dengar tapak kakinya makin jauh.tiba-tiba aku rasa hajat aku nak buang angin yang tergendala sewaktu sampai rumah tadi dah tiba masanya.Lalu aku pun kentut puas2.fuh memang best gila laa dapat lepas bebanan ni.Aku terdengar tapak kaki isteri aku menuju ke arah aku.Aku menghayun tangan di udara cuba menghilang bau kentut aku dari dihidu isteri aku.”Kenapa ni Bang?Abang halau apa?soal Ina.”Eh tak ada laa..abang cuma exercise sikit,betul-betul kan urat..’,power punya tipu.Fuh ..nasib baik laaa aku sempat halau kentut aku dari berkeliaran sekitar aku,kalau tak..huhhh.rasa nak kentut tu tak putus lagi,masih bersisa lagi ni.Tapi aku tahan juga..depan isteri takkan macam tu kut.kalau masa bercinta dulu aku boleh tahan kentut takkan sekarang tak boleh kut.lepas itu dengan tiba-tiba,telefon berdering sekali lagi.Isteri aku yang berada kat tepi aku terus bergegas menjawab telefon.’siapa call?’laung aku kat meja makan ni..ye laa tempat meja makan dengan meja telefon jauh juga,kalau tak menjerit jangan harap nak dengar.’Kak Ana ,bang’,jawab isteri aku.Mesti ada hal penting ni kalau kakak ipar aku call dan mesti lama mereka bercakap,detik aku dalam hati.Aku pun mula merancang strategi untuk melepaskan kesemua kentut2 yang masih bersisa.Kali ni memang power punya kentut laaa.Aku nekad nak buang semua kentut2 ni.Apa lagi,aku pun berdiri ,menonggeng sedikit dan aku lepaskan kentut2 yang bersarang..perghhhh punya laa panjang kentut aku tu….baunya memang bau bangkai laaa…aku pun tak tahan dengan bau kentut aku.Aku tutup hidung laa sebab busuk sangat.Selesai sudah melepaskan kentut yang panjang dan berbau bangkai tu,aku sempat lagi melompat kegembiraan…sekali lompat saja laaa..’yessssssssssss…berjaya jugak!!’kata aku perlahan tapi gembira.Tapak kaki isteri aku mula menghampiri aku .Aku control saja buat-buat bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku.’Maaf bang lambat sikit,kak Ana call bagitau dia nak datang esok’.’oooo macam tu..tak apa laa sayang,lambat lagi pun abang tak marah’,jawab aku ringkas.Memang laa aku tak marah sebabnya aku ada chance tadi lepas kentut kalau tak mahunya aku mengamuk.

‘Ok,sekarang Ina nak bukak mata abang,nak tunjuk surprise kat abang,’kata isteri aku sambil tangannya cuba membuka kain yang menghalang penglihatan aku.”Abang dah ready,kalau belum Ina tak nak bukak’,’Dah ready laa sayang,dari tadi lagi dah ready,,mata abang pun dah lebam ni…surprise apa nya sayang?’soal aku.’Ina bukak sekarang, 1….2…3…’. Ya Allah,rasa nak pitam ada,malu ada,nak terjun lombong pun ada sebaik saja Ina bukak penutup mata aku.Apa tak nya,depan aku Mak dengan ayah aku ada,mak mertua dan bapa mertua aku ada..adik ipar aku pun ada jugak…adoii..aku lihat mak mertua aku tunduk saja tengok lantai.mak. Aku pula merah padam muka.Adik ipar aku asyik gelak saja…maluuuuuuuuuuu…..arrghhhhh…jiran aku sebelah rumah pun ada jugakkk….rupa-rupanya aksi melepaskan kentut tadi dilihat oleh mereka semua..aku nak elak dari isteri aku..perghhh..kena dengan mereka pulak…malu akuuuuuuuuuuu!anda bayang laa sendiri macam mana aksi aku dilihat oleh mereka tadi dengan mata aku tertutup dan lagak menonggeng aku…rupa-rupanya ini surprise Ina buat aku dan…aksi kentut tadi hadiah berharga buat mereka semua……..makkkkkkk…aku sumpah tau buat lagiiii!!!!!

p/s: aku bukanlah aku...

Share/Bookmark
Category :

3 Response to "Kejutan Seorang Isteri Untuk Suaminya"

  1. MrNamie Said,

    haha..rasanya pernah baca story nih.. keke

    oh bung mokhtar
    eh, layak ke kita?
    Semuanya ada di MrNamie blog k..singgah-singgah tau

     



Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers