Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Anda Mempunyai Impian?

Posted by Faiz On 11:00:00 pm
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Semakin banyak anda memahami tentang erti kehidupan, semakin tinggi semangat anda untuk melalui kenyataan hidup ini dengan seribu impian. Impian tidak banyak membantu anda untuk berhadapan dengan kegagalan, tetapi impian boleh memotivasikan anda secara berterusan di dalam meraih kejayaan.

Mimpi masa kini adalah kenyataan hari esok. Anda pasti boleh, jika anda sentiasa berfikir boleh. Persoalannya cuma adakah anda benar-benar bersedia untuk melakukannya. Ingat, jika orang lain boleh melakukannya atau telah mencapai impiannya, maka kenapa anda tidak boleh. Menulis impian sangat membantu di dalam menjaga alasan kenapa anda perlu melakukan sesuatu. Oleh itu tulislah impian anda supaya anda sentiasa melihatnya dan mengingatinya.


Jika anda mempunyai impian yang baik, maka memiliki impian itu bukan hanya baik, tetapi juga harus kerana motivasi dari sebuah impian yang baik mengarah kepada kehidupan yang berjaya. Oleh itu, untuk berjaya anda harus memutuskan dengan tepat apa yang anda inginkan. Jangan takut dengan bayang-bayang kegagalan. Kegagalan hanya satu risiko di dalam mengejar kejayaan. Kegagalan bersifat sementara dan bukannya satu hukuman yang perlu anda galas untuk sepanjang hidup.


Anda cuma perlu mencuba dan terus mencuba sehingga anda berjaya. Impian itulah yang akan menjadi petunjuk di dalam perjalanan hidup anda. Untuk sejenak, cuba lihat kembali perjalanan hidup anda sehingga saat ini. Anda sedang menuju kemana? Adakah anda sedang menuju ke arah yang lebih baik, atau ke arah yang lebih buruk, atau sama sahaja seperti semalam dan hari ini?
 


Share/Bookmark
Category :

1 Response to "Anda Mempunyai Impian?"

  1. ken Said,

    saya ada banyak mimpi.. tapi tak tau bila mereka akan jadi kenyataan.. =)

     

Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers