Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Ambillah Waktu Untuk Bercinta

Posted by Faiz On 12:35:00 am
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan
sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi
kita nilai untuk terus hidup, beri kita kekuatan dan
makna sebuah perhubungan�

Tatkala pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu

menguranginya. Tatkala kelaparan rasa cinta masih
mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut
masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.

Itulah kekuatan cinta. Ia satu perasaan yang mampu

berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi.

Semakin lama akan semakin dalam dan akan semakin

menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika ia
singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.

Cinta adalah mekanisme untuk berasa kuat tatkala lemah,

kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani
tatkala takut dan lain-lain seumpamanya. Maka itu,
cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya
mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara
ratusan tahun untuk kembali bertaut.

Kasih sayang adalah kenderaannya cinta. Cinta terpupuk

hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil.

Tatkala seorang telah cinta kepada TUHAN-nya, dia

sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat.
Biar apapun ancaman yang diberi, TUHAN masih dilihat
utama. Cinta sebegini adalah paling agung.

Seseorang yang dibekali rasa cinta mampu berjalan

lebih jauh tetapi seseorang yang sedang digelut cinta
juga boleh menjadi teramat lemah.

Kasih sayang adalah makanan roh. Memang manusia

masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi
hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang
tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang
manusia tanpa perasaan sayang.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber

kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah
rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber

ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah
sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk
menyintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa
yang diberikan TUHAN.  


Share/Bookmark
Category : ,

3 Response to "Ambillah Waktu Untuk Bercinta"

  1. Hapiz Rahman Said,

    hohohoh.. ye ke bro? :)

     

  2. tia Said,

    nnt datang blog tia amek award oke faiz ?
    ;)

     

  3. zUnUrAiN Said,

    suka entry ni... best

     

Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers