Pages

Jumlah Pelawat

100 1st Follow

100 2nd Follow

Seorang Lelaki Tua Merogol Binatang

Posted by Faiz On 3:45:00 pm 3 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut.. Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut...Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu.. 
pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"Setelah menarik nafas panjang... 
orang tua itu menjawab.. "Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakatua. Jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku."  


Share/Bookmark
Category : ,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Angin sepoi-sepoi bahasa terasa di pipiku... suasana ini mengingatkan aku kembali saat aku bersama Wan.. suamiku yang ku rindui.. di pantai ini lah kita selalu bersama... gelak ketawa masih lagi terngiang di telingaku… raut wajah mu membuatkan aku lupa segala masalahku…

“Ieka.. jomlah mandi…”

“nantilah Wan… kan baru sampai… penat ni sabar ek…”
“Hurmm… baiklah tuan puteri yang kiut ni..” sendanya sambil menarik pipiku..
“Wan…!!! “ hatiku geram bila dia panggil ku tuan puteri…

Lamunanku tersentak bila Syahirah… satu-satunya puteri kami, memanggilku untuk pulang ke rumah.. melihat puteriku teringat kembali saat aku jatuh cinta dengan Wan… masa itu aku tinggal di Ipoh dan Wan tinggal di Klang… kami berkenalan di Myspace… aku tak tahu apa yang membuatkan hatiku tertarik pada Wan… apa yang aku tahu dia memang pandai memikat hatiku… tak pernah ada lelaki buat aku tak tentu hala tiap hari… asyik teringat padanya…Ieka masih ingat lagi janji kita dengan bulan..


“Ieka… kalu Ieka rindu sangat kat Wan..tengoklah bulan.. kalau bulan makin terang… that’s mean I miss you so much too…!!”

“Hehe… Wan ni jiwang la… tak sangka budak kiut ni jiwang orangnya…huhu…”
“Ieka… janji lah dengan Wan…”
“Ok sayang.. bila Ieka rindu je kat Wan.. Ieka tengok bulan…”

Ada 1 ketika Wan nak datang Ipoh semata-mata nak jumpa aku… katanya nak tengok aku berkawat.. kebetulan masa itu ada hari sukan.. aku tak kasi Wan datang… jauh… masa itu kami masih form 5… tapi… hati nak dia datang.. itulah hakikatnya… mulut cakap lain.. hati cakap lain… betul orang tua-tua cakap… cinta itu buta.. sanggup buat apa je untuk bahagia…


“Yela… Wan ikut cakap tuan puteri…”

“Ha…bagus… ni yang buat Ieka sayang sangat kat Wan…”
“Takkan sayang jer…cinta…rindu… takkan tak ada…?”
“E’eh… banyak songeh pulak budak kiut ni… ye.. Ieka sayang…cinta…rindu sangat kat Wan…”

“Ieka… bangun… da pukul 6 dah ni… kata ada lawan kawat hari ni…”

“Ieka dah bangun la cik abang sayang… pukul 5.30 lagi dah bangun… anyway thanks sebab ingatkan…
“Tak kisahlah… Ieka… Wan sentiasa kat sisi sayang… even kalah… and.. Wan tengok Ieka dari jauh tau…”
“Jangan nak gedik la datang sini… cubit pipit u baru tau..”
“Eleh… Wan dah ada kat Ipoh pun…”
“Tipu…!!!”
“Tak percaya yer…?ok… jap lagi Wan ada depan mata Ieka…
“Jangan nak gedik la…”

Tiba-tiba Wan off handphone… aku dah naik risau… tatkala aku memandang sebuah motor… aku hampir menangis melihat Wan didepanku.. aku betul-betul terharu apa yang dia dah buat… dia kata dia nak tengok aku berkawat… semata-mata nak tengok aku berkawat…!!! Aku rasa macam 1 perbuatan bodoh… mana taknya… pukul 2 pagi bawa motor datang Ipoh.. hurmmm…. Tak tahu lah nak cakap macam mana…. Tapi gembira pun ada sebab dia bagi aku semangat.. Wan balik Klang hari itu juga… kesian aku tengok Wan datang jauh semata-mata nak tengok aku berkawat…


“Ira… nak pergi mana ni..??” Tanya ku kepada Syahirah…

“Nak singgah hospital kejap… tengok kawan Ira kemalangan semalam…”
“Hospital…??” tempat yang mengingatkan aku ketika Wan menghembuskan nafas terakhirnya… aku hampir menangis mengenang peristiwa itu… pada masa itu aku dan Wan sedang gembira melihat Syahirah yang bru pandai berjalan.. di saat Wan bangun untuk mendukung Syahirah… Wan rebah ke bumi… pada mulanya aku ketawa kerana aku fikir Wan mengajuk Syahirah… selepas aku memanggil Wan beberapa kali.. hati ku mula risau… aku separuh menjerit tetapi Wan hanya terbaring kaku dipahaku… petang itu Wan dimasukkan wad ICU… terasa hiba melihat keadaan Wan yang lemah dan pucat..

“Ieka.. sabarlah Ieka… ni semua dugaan Tuhan…” pujuk mamaku…

Aku memeluk erat mama yang berada disampingku… air mataku tumpah lagi…
“Doktor… macam mana dengan suami saya…??
“Puan Fuzanalyka… sabarlah…suami puan menghidap barah otak…malangnya kami dapat kesan pada saat akhir…maafkan kami…kami dah cuba sedaya upaya…

Aku hampir rebah… mama sempat menyambutku… aku memeluk erat mamaku dan menangis semahunya….

“Wan sayangku…. Bangunlah sayang… buka matamu… dengarkah Wan…? Bukalah matamu… biarlah Ieka lihat bening redup matamu…”

Namun Wan masih diam membisu… pucat dan tenang di katilnya…


Sengaja Ieka letak teddy bear yang Ieka beri masa ulang tahun hari lahirmu yang ke-17 sayang… moga-moga teddy bear ini dapat mengusir mimpi burukmu… maafkan Ieka, Wan… jikalau selama Ieka hidup dengan Wan… Ieka ada buat silap dengan Wan… terbayang-bayang kenangan manis Ieka bersamamu sayang… semua kenangan tu takkan Ieka lupakan…


Selang sehari kemudian… aku dikejutkan dengan berita buruk… Wan telah pergi meninggalkanku…!!! Ya Allah…. Tubuh ku seakan melayang… fikiranku berkecamuk… mataku bermandikan air mata lagi…dan… akhirnya aku rebah di situ juga…


Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kita sayang… Wan sayangku manja… dingin pagi ini mengusik perasaan Ieka.. Wan… suami kesayanganku kini bersemadi tenang di sisiNya… Air mawar Ieka jirus untukmu sayang… dan…. Kami berdua sedekahkan surah Yassin untuk mu…


Bulan pernah jadi saksi cinta kita sayang…

Hai bulan… bawalah pesan dan rinduku ini kepada Tuhan…lindungilah Wan.. moga dia sentiasa riang ketawa di bawah Arasy-Nya yang Maha Agung…
AMIN……AL-FATIHAH… 


Share/Bookmark
Category :

Kisah Menyayat Hati Budak 9 Tahun

Posted by Faiz On 3:02:00 pm 2 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Gambar Hiasan
Mak...!!! Mak...!!! "Tengok ni mak...!!!!! Jais berlari tercungap-cungap. Tak sabar dia nak menyampaikan berita gembira itu pada emaknya. Sampai di pintu rumah, Jais terus melompat masuk. Tak dipijaknya anak tangga rumah itu. "Mak...!!! Mak...!!!! Jais masih terjerit-jerit. Meluru ke dapur.Mendapatkan emaknya. Emaknya yang sedang memasak di dapur terkejut kehairanan melihat anaknya itu.Tercungap-cungap bagaikan dikejar harimau. "Kenapa ni Jais?" Emaknya bertanya. Risau juga di hatinya melihat keadaan Jais. "Mak....tengok ni mak.... bulu ketiak Jais dah tumbuh mak....tengok nimak... heheh ehehe..." Jais mengangkat tangan kirinya dan menunjukkan bulu ketiaknya yang baru tumbuh itu pada emaknya. Baru tumbuh lebih kurang setengah inci panjangnya. "Hish...ko ni Jais. Mak ingatkan ada hal apa la. dah la tu.... pergi mandi cepat. Makanan pun dah siap ni." Jais ke bilik mengambil tuala dan terus ke bilikm mandi. Dalam hatinya menyanyi nyanyi.... 'Yeah...yeah...dah tumbuh...bulu ketiak aku dah tumbuh...yeah yeah...' Jais gembira tak terkata. Disyampoonya bulu ketiak itu. Kemudian di bubuh sedikit conditioner. Selepas mandi Jais membubuh sedikit bedak pada bulu ketiaknya. Walaupun sehelai, cuba disikatnya. Sayang sungguh Jais dengan bulu ketiaknya.Dijaganya sepertim menatang minyak yang penuh. Malam itu tak lena tidur Jais. Dibelai-belainya bulu ketiak itu. Tak sabar Jais menunggu pagi. Tak sabar nak ke sekolah.Tak sabar Jais nak ceritakan pada kawan-kawannya. Sampai di sekolah, tanpa membuang masa Jais memberitahu kawan-kawannya.Semua berkerumun melihat bulu ketiak Jais. Kawan-kawan Jais tak ada bulu ketiak sepertinya. Cikgu Bakri, guru Bahasa Malaysia masuk ke kelas. Semua murid-murid bergegas menuju ke tempat duduk masing-masing. Suasana menjadi senyap. "Selamat pagi cikgu..!" Kata Aziz, ketua kelas. Kemudian diikuti oleh murid-murid lain. "selamat pagi cikgu...!!" "Selamat pagi pagi murid-murid." Cikgu Bakri menjawab ucapan anak-anak muridnya. Dia meletakkan fail yang dibawanya ke atas meja. Cikgu Bakri berjalan menuju ke bahagian tengah kelas itu. Diperhatikan muka setiap anak-anak muridnya. 'Erm...semua hadir nampaknya.' bisik hati Cikgu Bakri. "Baik....dengar sini murid-murid. Hari ini saya mahu awak semua buat satu karangan. Tulis mengenai benda yang kamu suka. Yang kamu sayang.Kucing ker, adik kamu ker, tak kira la... apa-apa saja." Selepas memberi arahan, Cikgu Bakri kembali menuju ke mejanya. Dudukdi kerusi. Dibiarkan anak-anak muridnya membuat kerja yangdisuruh. Semua murid mengeluarkan buku nota dan pen masing-masing. Jais pun turut berbuat begitu. Jais mula mengarang. Menulis mengenai bulu ketiaknya. 'Bulu ketiak saya. Nama saya Mohd Jais bin Ibrahim. Umur saya 9 tahun.Saya ada emak. Saya sayang emak saya. Emak saya pandai masak. Saya ada ayah. Saya sayang ayah saya. Ayah saya selalu belikan saya hadiah. Bulu ketiak ayah saya lebat. Saya juga mahu bulu ketiak macam ayah saya. Saya tanya ayah saya. Macamana nak bagi bulu ketiaksaya tumbuh cepat. Ayah saya kata, ambil telur ayam baru bertelur, bubuh di celah ketiak. Saya ikut nasihat ayah saya. Tiap-tiap hari saya pergi reban ayam.Tunggu ayam bertelur. Hari ini bulu ketiak saya sudah tumbuh. Saya sangat gembira. Saya sayang bulu ketiak saya. Berita Jais tumbuh bulu ketiak heboh satu sekolah.Cikgu-cikgu Jais pun ramai yang tahu. Memang jarang budak yang baru berusia 9 tahun seperti Jais dah tumbuh bulu ketiak. Habis sekolah. Jais berjalan pulang ke rumah. Jais puas hati dengan persekolahannya hari itu. Jais sayang sekolahnya. Jais sayang kawan-kawan dan cikgunya. Dalam perjalanan, tiba di satu lorong Jais nampak ada 3 orang menghalang jalan. Jais kenal mereka. Murid-murid darjah 5. Mereka selalu membuli murid-murid kelas bawah. "Jais mari sini..!!" Salah seorang dari mereka memanggil Jais. "Orang kata bulu ketiak ko dah tumbuh... mari la...tunjuk..!!. Kami nak tengok..!!" Jais diam. Dia serba salah. Dia tak mahu melayan mereka. Jais takut. Jais diam tercegat di situ. Kemudian ketiga-tiga budak tadi meluru ke arah Jais. Mereka menerkam Jais. Jais cuba lari. Tapi Tak berjaya. Jais ditangkap mereka. Jais meronta-ronta minta dilepaskan. Mereka tak peduli rayuan Jais. Baju Jais dibuka mereka. "Jangan la... jangan...jangan..!!! Jais menjerit. Dia terus meronta-ronta sambilmenangis. Tiba-tiba salah seorang daripada budak tadi mengeluarkan gunting. Lalu memotong bulu ketiak Jais.Mereka ketawa.... "Hahahahahaha...!!" "Mari....mari..!! Sapa nak tengok bulu ketiak Jais..!!" "Lelong....lelong..!!! Sapa nak beli...!!! Jualan murah....!!! Bulu ketiak baru...!!! Fresh lagi...!!!! "Hahahahahaha....!!!! Mereka terus ketawa. Puas hati mereka dapat membuliJais.Jais menangis. Terbaring Jais keletihan. Lemah longlaitubuhnya.Bagaikan seorang gadis yang dicabul kehormatan. Jaismeraba ketiaknya.Ternyata sudah tiada. Sudah diragut oleh tiga manusia yang tak berperikemanusian. Jais sedih. Dia bangun, membetulkan bajunya lalu berlari pulang ke rumah. Sepanjang jalan Jais menangis. "Huwaaaaa.....!!!!!!!!""Huwaaaaa.....!!!!!!!!' Selepas kejadian itu Jais lansung tak mahu pergi kesekolah. Jais tak mahu pergi ke mana-manapun. Jais sedih. Selera makannya pun tiada. Puas emak dan ayahnya memujuk. Cikgu Bakri pun datang melawat Jais. "Ni buku nota awak. Saya bagi markah 'A' kat karangan yang awak buat tu." "Dah la tu... jangan sedih lagi. Nanti tak lama lagi tumbuh balik la bulu ketiak Jais tu." "Esok pergi sekolah yer..." Cikgu Bakri cuba memujuk Jais. Jais mengangguk-anggukkan kepalanya. Kesedihan Jais mula reda. Tapi tetap timbul persoalan di hatinya.....Mengapa ada orang iri hati?....Mengapa ada orang dengki melihat kelebihannya?... Dia tak pernah kacau orang. Dia tak pernah susahkan orang. Dia hanyalah budak biasa yang sayangkan bulu ketiaknya. Dia hanyalah budak biasa yang tak sabar nak jadi dewasa.  


Share/Bookmark
Category : , ,
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak. Walaupun ianya benar
ie. "hubby i tu kan kan..siang ikan pun dia tak tau.. bla bla bla "

2. Menggangu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan selalu dimasa yang salah.
ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la cuma nak
cakap..malam nih kita masak sardine jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengemas rumah / mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau..
ie. "kita dah simpan screw drebar tu kat dalam stor, entah la kat
atas shelf mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa mana-mana seksyen yang hendak dibaca.
ie. "bang, sport section tu ayang dah buat bungkus belacan.."

5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan sisuami tak sempat baca/tengok
ie. "eh.. kita suka la news pasal new peti ais tu..kita dah potong
simpan ..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari opis,sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru semalam telah ke pasar.
ie. "bang.. semalam kita lupa beli garam,gula beras dan susu budak
....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalahkan
suami.
ie. "saya kata beli susu cair dan gula melaka, apsal awak beli
susu pekat dan gula pasir ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami terlebih dahulu
ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak dinner kat rumah cik
minah, you tak ada program tahlil kat mana mana kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC tanpa memberitahu suami.
ie. "screensaver u tentang gambar 1500cc harley tu i dah tertukar
jadi gambar bunga ros..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber....
ie. " pot pet pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin suami.
ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab
hubby dia orang outstation, ok kan kan kan "




12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar
rumah.
ie. "..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan
dinner jer,kat rumah pakai jeans koyak pun ok kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kurung mana nak pakai la so kena
pilih betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih untuk dipakai dihari berkenaan.
ie. " eh baju tu masih berendam dalam besen lagi..nak pakai jugak
ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami sedang hot dengan budak budak tu..
ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi slumber party, bukan nak
tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap bila nak dekat asar sahaja.
ie. ",,nak mandi buat apa awal awal bukan nak pergi jalan jalan
mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda benda lain.
ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan memasak nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv.
ie. "pasukan manchester tu sampai mati tak akan dapatkan kalahkan
liverpool, mari tolong saya potong ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita jugak.
ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak tembak client tu u tau
tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik tak langgar ..then
lagi u tak tak ...then today.. then tadi..u tau tak...semalam u
nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari.
ie. " i dah kata jangan kasi budak budak tu handphone, kan
sekarang dah ...bill bla bla bla bergayut bla bla bla bla...ini semua salah you "

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa.
ie. " eh cik abang, awak nih ada affair ke apsal sms beep beep
beep tak henti henti nih...betina mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain.
ie. "..eee u tau tak hubby i tu..."

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak makan.
ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan
rojak pasembor...i dah masak gulai asam pedas dan rojak singapore.."


24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie. "..adik u datang tadi nak pinjam mouse, sebab dia punya dah
rosak.."

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang munasabah.
ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan tengok drama nih dulu
then nak kacau tepung siap siap untuk breakfast dan nak masukkan
pakaian dalam laundry then kemudian nak tanam padi belakang rumah then nak menuai sekali....." 

Share/Bookmark

Cara Nak Dapat Duit Cara Senang

Posted by Faiz On 1:45:00 pm 2 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani
besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai +
pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani
tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg
malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat
tepi dinding.

"Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja

tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.
"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras
"Dalam RM800" pekerja tu menjawap

Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI

TEMPAT LAIN"
Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.
Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape
malas, sure kene pecat!
Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum
bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg
pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"

Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".
 

Share/Bookmark
Category : ,

Kisah Yang Menyayat Hati

Posted by Faiz On 8:51:00 pm 3 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas
kelahiran dia. Sejak itu bapanya jadi amat sangat workaholic sekali dan
tak
married2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma
tinggal bersama pengasuh aje.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada beskal, dia masih jalan

kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, nggak kasian sama anaknya?

Dia
nggak punya sepeda...apa tuan juga nggak malu?"

Lantas...... dipanggillah si anak, ditawarkan beskal yang macam mana

dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan aje saya bola itam dan bola putih

..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si papa. "Kenapa bola itam dan

putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa punya money, belikan

itu
aje."

Mengingat si anak tak pernah meminta2, so papanya terima aje. maka

dibelikanlah anaknya itu beskal generasi terbaru saat itu, yang paling
canggih, plus bola itam dan bola putih.

Terus si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama

si
pengasuh perhatikan, ini anak tak minta2 dibelikan sepatu roda sama
papanya. Every petang cuma duduk2 aje. Beskalnya juga ditaruh di stor.

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya kepada si papa.


Hingga si anak dipanggil lagi. "Nak, kamu tak mau dibelikan kasut roda

macam teman2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je...".

Si anak jawab,"Tak perulah papa, bola itam dan bola putih saya dah

rosak..
dibelikan lagi je..tak usahla beli kasut roda.

Tambahan lagi lebih murah bola, tak gitu papa?"


Si papa geram . So, tetap si papa belikan kasut roda, plus bola itam

dan
bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama terulang.


Sekarang member2nya musim rollerblade. Trend baru....


Sementara petang hari, dia masih setia sama kasut rodanya. Lepas

papanya
pulang dari luar negri dan melihatkan anaknya yang pakai kasut roda, si
papa menjadi sangat malu. Gila, rumah macam gedong, syarikat banyak,
keluar
negri lagi tu......Tapi anaknya ketinggalan zaman. Besoknya, di bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade baru dengan note: "Biar kamu
tak
malu".

Malamnya di ruang kerja si bapa ada note balasan: "Papa, Kenapa tak

belikan
bola itam dan bola putih? Saya lebih suka itu."

"Hoh,, si bapa pas baca note itu mengeluh serta bingung. Apalah

istimewanya
bola itam dan bola putih?

Besoknya dan besoknya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan note

itu...hingga
dia tak tahan dan membelikan anaknya bola itam dan bola putih untuk
kesekian kalinya.

Benar, setelah dapat itu bola, si anak tak lagi mendesak papanya lagi.


Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik

dengan bas, member2nya sudah ada yang bawa motor and kereta ke sekolah.
Suatu hari, ketika bapanya di rumah, si anak pulang dihantar oleh
membernya
yang dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi
sangat
malu. Anaknya tidak 4,3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor. Maka

ditawarkan
anaknya. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak suma inginkan bola itam bola putih aja. Si
bapa
tak terima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berunding.
Hingga tercetus keputusan supaya si anak dibelikan motor plus bola itam
dan
bola putih tentunya.

Tetapi si bapak masih kesal. Sudah berapa tahun, dia beberapa kali

belikan
dua macam bola itu tanpa tau kenapa. Tapi si anak tak ada keinginan dan
kemahuan untuk bagitau kenapa.

Hingga tibalah masa untuk melanjutkan pelajaran ke University. Kerana s

enang dan bangga anaknya masuk University, si anak dihadiahkan kereta
Ferrari.

Tetapi, sampai beberapa bulan si anak masih lagi naik motoooor aje.


Sehinggalah aweknya juga bingung, kan dia punya ferrari? kenapa naik

motor.
Bila ditanya, maka dijawab, abis papa tak belikan bola itam bola putih.
Tak
faham perasaan anak sendiri!

So, pas makan malam bersama, si awek bagitau sama si papa, kenapa pak

cik
tak belikan bola itam bola putih?

Si papa sebenarnya sensitif dengan bola2 itu..huh..sampai awek anak aku

pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek kenapa soalan tu yang di tanya?.
Si
awek pun bagitau, Ferrarinya itu tak akan dipakai selagi tak dikasi
bola2
itu.


Si bapa bingung, di bilik anaknya sudah segitu banyak bola itam bola

putih.
Nak buat apa, fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan
awek
anakmya itu, maka besoknya sudah ada bola itam bola putih buat anaknya.

Suatu hari anaknya pergi date dengan aweknya ke gunung naik ferrari.

Yelah,
anak muda kan, ketika memandu si anak dicium aweknya and dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Segera di bawa ke hospital si bapa juga ditelepon
oleh pihak hospital. Cederanya parah. Mereka berdua tak pakai seatbelt,
si
awek mati seketika itu jugak dan si anak sudah tenat.

Si bapa datang ke Hospital.."macammana doc, anak saya?"


Dokter (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami tidak

dapat
berbuat banyak.. sepertinya memang sudah waktunya... sebaiknya Encik
manfaatkanlah waktu terakhir.."

Perlahan si bapak masuk, mendekati anaknya.


"Papa, maafkan saya..tak hati2 bawa Ferrarinya.." si anak juga nangis

kerana aweknya tak tertolong. Si papa menenangkan dia...akrablah dua
manusia itu beberapa saat. Hingga si bapa beranggapan ini saat
terakhir.
Dia ingat kembali keinginannya untuk tahu tentang kenapa si anak selama
ini
selalu minta bola itam bola putih.

"Nak, maafkan papa selama ini yang selalu sibuk..kamu jadi

kesepian..maafkan papa, nak. Tak sempat jadi orang tua yang baik."

Anaknya jawab,"tak apa-apa papa, saya faham.. Cuma kecewa kalau papa

punya
money lebih, malah belikan yang macam2....saya cuma minta bola itam dan
bola putih aje kan?"

Si papa rasa timing-nya tepat ni, "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA ITAM

BOLA
PUTIH... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU?"

(pembaca juga ingin tahu ya..?)



Si anak jawab dengan terpatah2 dan susah sangat, Habis sudah tenat dan

masanya sudah hampir sampai...

"sebabnya ....saya..saya...saya...."


*hep* Kepalanya rebah dan nafasnya hil ang. Si anak sudah meninggal

sebelum
sempat bagitau tau bapanya.

Nah, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau...apalagi

aku
yang cuma bercerita, lagila...tak tau. MACAMMANA NI? Kecewa jugak nih?
Isk!
Isk! Isk!..........Rasa nak belasah je...  

Share/Bookmark
Category : ,

Biodata Iblis

Posted by Faiz On 12:13:00 pm 2 comments
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..


Nama :Iblis Laknatullah
Tarikh kelahiran :Bermula daripada keengganannya sujud kepadaNabi Adam a.s.
Pejabat operasi :Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Status diri :Fasik kelas pertama
Rakan kongsi :Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan manusia
Agama :Kufur.
Sumber pendapatan :Segala harta yang diperolehi dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan :Menggalakkaan manusia mengerjakan kemungkaran dan kederhakaan terhadap Allah
Tempat tinggal di akhirat :Neraka Jahannam
Tempoh perkhidmatan :Sehingga hari kiamat
Kawasan :Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Matlamat Perjalanan :Membawa setiap makhluk ke Neraka Jahannam
Arah perjalanan :Tiada haluan dan bengkang bengkok
Teman Sejawat :Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Isteri di dunia :Setiap wanita yang tidak menutup aurat dan mentaati Allah, Rasul dan suaminya
Ganjaran :Dosa dan kemurkaan Allah
Kaum kerabat :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Berkomunikasi dengan…Orang yang suka mengumpat, mencaci memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Modal pusingan :Angan-angan kosong
Makanan kegemaran :Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Tempat pertemuan :Pasar-pasar
Yang ditakuti :Orang mukmin yang bertakwa, beriman, dan beramal
Musuh ketat :Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Yang dibenci :Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Motto kerja :'Hipokrasi asas akhlak'
Alat perangkap :Wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
Kesukaannya :Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya
Saat ajal :Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Cita-cita :Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Janji-janji :Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Kelemahannya :Bila orang membaca Istighfar
Yang membuatnya menangis :Bila orang sujud kepada Allah s.w.t
Lambang :Sebarang tatu  

Share/Bookmark
Category :

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

hospital

sabtu 16 januari... jam 3am, lena seorang ibu di kejutkan dengan dering telepon. di sangkakan anak yang keluar bersiar-siar yang menghubungi... rupanya panggilan dari hospital...
ibu yang menanti kepulangan anak ini berada di kediamannya di seremban... tapi panggilan telepon diterima dari hospital universiti di cheras... "sejauh itu anakku pergi?"
anak yang keluar 'bersiar-siar' sejak 8pm dari rumah kini berada di hospital di cheras?! si anak yang baru memulakan alam sekolah menengah... baru berkhatan, belum pun 13 tahun... sudah jauh bersiar di hujung minggu... kini di hospital di cheras?... walang hati ibu itu memikirkannya.
lagi hiba apabila teman si anak yang membawanya 'bersiar-siar' cuma cedera ringan dan patah kaki... tapi si anak, pendarahan teruk di otak...terlantarlah si anak di wad i.c.u.
si anak ini yang baru ingin kenal dunia, tidak sempat mencium tangan ibunya meminta ampun... tidak sempat memeluk ibunya memohon halalkan makan dan minum... si anak ini tidak sempat meminta izin ibunya untuk bersiar-siar hingga ke kuala lumpur....dia koma terlantar di wad i.c.u...
dengan tempurung kepala sudah tiada, cuma kulit kepala pelindung otaknya, si anak ini terus koma tanpa sepatah kata sempat terucap buat ibunya.... 
teman yang membawa 'bersiar-siar', yang cuma patah kakinya tidak menunjukkan batang hidungnya... si ibu juga yang bersengkang mata di luar wad i.c.u menanti kepastian yang tidak pasti...

ICU2


siapa yang bertanggung jawab membuat si anak ini menderita begitu? orang yang melanggar motorsikal mereka dan terus lari? atau si anak yang mencari bala sendiri? atau si ibu yang percaya janji si anak untuk keluar 'bersiar-siar' di bandar seremban cuma sebentar? atau kawan yang membawa si anak ini 'bersiar-siar'? atau,perjalanannya sudah ditentukan tuhan tanpa mengira siapa salah?
isnin 25 januari 2010, 3.30 ptang...
pergilah si anak ini ke alam barzakh...tanpa dapat mengucap syahadah... sempatkah dia bertaubat?
mungkin, usianya belum dewasa, akhil baligh belum 12 purnama lamanya...maka dosa-dosanya tidak seberapa.tapi janji allah tetap janji...
itu kisahnya, bahagiannya, ajalnya...nyawanya dicabut dalam lenanya yang panjang tanpa sempat memandang wajah ibunya... tanpa sempat memberitahu ibunya betapa dalam kasih sayangnya buat ibu...dalam usia yang baru ingin melangkah alam remaja...
kisah kita bagaimana? sempatkah kita bertaubat sebelum ajal datang menjelma? sempatkah kita memohon ampun, meminta halal dan izin dari insan tersayang? sempatkh kita membawa bekal secukupnya untuk menjawab soalan kubur? seimbang kah timbangan amalan kita?..............


Share/Bookmark

Bila Hati Sudah Mati

Posted by Faiz On 10:35:00 pm 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

heart2

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, amanah yg tak terhingga nilainya. Isteri dan anak utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..
Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena barah buah dada....dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada...kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun....
Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wife
no.1 dan yg paling kejam...wife no.1 kena keluar dari bilik master bed
room..untuk kasi laluan kat wife no.2...kejam kejam
saya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yg
halau wife no.1 keluar bilik,! walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisah
sangat...tapi jauh di sudut hati saya...memang terasa kejam...sebab wife
dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorbanan wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang anaknya.
masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. saya
cakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,
hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu....saya malas lah nak bertekak...
saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri...dia tak nak...dia kata
payah dia nak berulang alik. lantaklah.....biar tuhan je balas di atas
perbuatan kejamnya ke atas wife no.1.
kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur
39 tahun. Tua dari kawan saya tu. Masa kawan saya belajar dulu...memula dia
dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat....wife dia dah kerja sebagai
operator kilang...so wife no.1 tu banyak support study kawan saya
tu...lepas tu dah jodoh dia orang kawin..
mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawan
saya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya
bengang...ade ke...kawan saya tu....selalu pujuk saya sampai lah ni
supaya jadi cam dia...cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan
isteri tersayang saya tu.
saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggal
sama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumah
sebelah...saya jengoklah...saya nampak kawan saya tengah campak baju2
wife no.1 dari balconi....wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu...
kat bawah...saya tengok...anak2 dia yg 4 org tu dgn maid...menangis2
pungut baju mak dia...kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap...
"kau org cakap gan mama kau...kalau nak papa jaga sampai mampus...jgn lawan cakap papa..."
tak boleh saya bayangkan macam mana perasaan anak2 dia bila dengar papa dia cakap camtu...anak anak no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu...so...seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu...sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu...
maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie. Ini kerana saya sibuk
menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan saya
tu.
aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03...sedangkan
suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia kerana honeymoon dengan wife no.2 ke France. Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.
apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airport
changi, Maid aruah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas...saya
kelam ka! but ke rumah sebelah..utk bawa aruah ke hospital...sebelum aruah
pergi kehospital...dgn kepayahan aruah mencium dua anak kembarnya
(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. aruah juga berpesan kepada 2 anak perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin aruah dah tahu yg dia akan pergi
Hanya saya dan maid aruah sahaja yg menghantar aruah ke hospital. wife
saya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjalanan aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan anaknya...
Saya masa tu hanya menginggalkan pesanan sms kat rakan saya yg isteri
sakit kerana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .aruah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.
masa kat hospital, aruah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukan
rawatan yg teruk2 kerana dia dah nak pergi...memang sedih masa tu. dah puas sa! ya menangis dua/3 hari ni.
masa abg aruah sampai dari kluang ke hospital...aruah masih dalam bilik
rawatan....abg aruah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi
melancong. masa tu aruah dah koma dan tak lama lepas tu, aruah pergi
dengan tenang. dan abg aruah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.
saya dengan abg aruah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan
jenazah.Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utk
pengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.
Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telah
banyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelian
peralatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.
dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah aruah dapat di bawa
kerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.
Suami aruah hanya menelefon semasa jenazah aruah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.
masa jenazah dirumah anak2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah
tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt
saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap...tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal aruah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakansaya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu kerana bapanya meninggal dan aruah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA. setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari aruah kak zai tidak kurang dari $100 USD.
masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.
Masa urusan pengebumian tu, anak2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila tanah di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.
suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,
setiap malam ke empat2 anak aruah tidur bersama sama saya...mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama...mama...mama...dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan...senyap2 sayang...papa ada...dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya ! tu...supaya dia sedar akan kekejaman dia dan ALFATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...
Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..


Share/Bookmark
Category :

Jika Seorang Ibu Meninggalkan Kita

Posted by Faiz On 9:20:00 pm 2 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

bahagia

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk
perangai wanita, ia akan terus melekat
di hati kita selagi hayat di kandung badan...
" Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....."
Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak
sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah,
hati melonjak>>>HAPPINESS!!!
Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!!freeDoMmmmmm!!!Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido
rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh
bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!
But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah
jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa
leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...
Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang
nak pulas telinga.
Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari- jemari mak yang suka cubit dan memiat telinga rupanya menjadikan
hidup lebih bermakna.
Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti.
Demikianlah besarnya erti seorang
EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!


Share/Bookmark
Category :

Bila Nak Ada Jodoh Ni?

Posted by Faiz On 12:37:00 am 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

jodoh

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

image


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...


Share/Bookmark
Category : , , ,

Apabila Budak Sains Bercinta

Posted by Faiz On 9:11:00 pm 3 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

saintis

> Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
> Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
> Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
> Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
> Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
> Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
> Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
> Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.
> Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
> Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.
> Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
> Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.
> Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
> Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
> Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
> Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
> Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
> Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
> Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!
> Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.
> Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
> Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
> Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........


Share/Bookmark
Category : ,

Bilik Terakhir Di Penjara Pudu

Posted by Faiz On 2:36:00 pm 2 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

pudu1

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...
Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.
Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.
Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,
"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad
Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang
punyaaaaaa ... "


Share/Bookmark
Category :

Akibat Mengajar Anak Murid Menipu

Posted by Faiz On 5:45:00 pm 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…

 

bersedekah itu baik

Al Kisah... tersebut lah kisah yang berlaku ditengah2 kehidupan kita....
Ahmad berumur 8 tahun anak tunggal tinggal bersama ibubapanya
disebuah flat murah 1 bilik ditengah2 bandaraya Kuala Lumpur.....
Setiap malam Ahmad tidor di ruang tamu sementara ibubapanya
tidur ddalam bilik yang pintunya telah terkopak.
Apa bila tiba malam, mak bapa Ahmad pening.. macam mana nak projek'
sebab takut aktiviti mereka di skodeng' oleh Amhad.
Suatu malam l/kurang jam 10, bapa Ahmad sudah atur jadual nak projek
dengan isterinya, tetapi biasa lah.. kena pastikan anak dah tdo barulah boleh
projek. Dia menanggil Ahmad dengan panggilan biasa, Maaat.
Ahmad pun menyahut ya pak... Bapa Ahmad pun diam.
Jam 11 sekali lagi panggil, Maaat.. Ahmad menyahut, ya pak. Bapa Ahmad diam lagi.
jam 12 pun panggil lagi Maaat.. Ahmad menyahut juga Ya pak.. tiba2 PINNNG'
sebiji penampar hinggap dimuka Ahmad. .. Ni dah kul 12 napa kau tidak tidur lagi, besok pagi mau pergi sekolah... tengking bapanya.
Besoknya.. disekolah cikgu kelas bertanya pada Ahmad..Mat kenapa mata kiri kau lebam?
Ahmad pun ceritakan kisahnya malam tadi..
Cikgu yang penuh tekun mendengar cerita Ahmad tanpa mengetahui apa yang tersirat, memberi Ahmad satu idea.. Ok Mat, kalau malam ni bapa kau panggil, kau jgn menyahut, kau diam jer kata cikgunya. orait, jawab Ahmad....
Keesokan hari Ahmad datang ke sekolah dengan biji mata kanan pulak yang lebam..
Cikgunya bertanya, Ai Mat, kenapa mata kau yang satu lagi, kau kena tampar lagi kah?
Ya cikgu jawab Ahmad. Cikgunya minta Ahmad menceritakan apa yang berlaku.
Ahmad pun bercerita... Katanya, Memang saya tak menyahut bila bapa saya panggil
saya cikgu.. tetapi satu perkara saya tak boleh tahan cikgu... kata Ahmad.
Cikgunya tertanya2 dalam hati dengan begitu saspen sekali...
Apa yang berlaku tanya cikgunya.
Malam tadi masa bapa saya panggil, saya tak menyahut tetapi
bila saya terdengar perbualan mereka saya begitu excited' dan
terpanggil untuk bersuara cikgu, kata Ahmad. Apa durang cakap?, tanya
cikgunya.
Bapa cakap pada mak saya dah nak keluar' mak pun jawab, saya pun dah nak keluar'... bila saya terdengar, saya pun menjerit... Nak ikut... Nak ikut...' Apa lagi saya kena penampar lagi lah cikgu.. saya ingatkan durang nak keluar ke bandar tengok wayang The Spiderman.. jawab Ahmad. Cikgunya hanya mampu geleng kepala.....
Morale of the story...
Jangan ajar anak murid berbohong kerana
ia akan memakan diri...


Share/Bookmark

Lawak Bil Telefon Naik

Posted by Faiz On 5:25:00 pm 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…

 

telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;
Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….


Share/Bookmark
Category : , ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…

 

musim_hujan1

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu rahmat.
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?
"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.
Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)


Share/Bookmark
Category : , , ,

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia…

 

al-quran-yang-mulia

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang


Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............


Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa


Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.


Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di
surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar
dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,


Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu


Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........


E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.


Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........


Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.


Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba


Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........


Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.


Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah


Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.


Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat


Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


Share/Bookmark
Category : , , ,

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam 1 Malaysia..

zandi_421201040312PM_pramugari-cantik-tidak-gendut

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari,
bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....


Share/Bookmark
Category : , ,

Bihun vs Mee

Posted by Faiz On 1:09:00 pm 1 comments

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Bihun Cik Yati 

bihun sangat cemburukan mee. walau duduk di rak bersebelahan di supermarket,mereka tak pernah bertegur sapa.
malah bihun sering mempersendakan maggi di depan umum,"dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"
hari2 berlalu... namun maggi buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun.sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak maggi ke tempat lain.
mee_maksiti_772657512bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya. hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti.
bihun rasa marah dah berteriak;hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"
Pengajaran- lain kali beli maggi saja sebab bihun ni kurang ajar... dah la tak sekolah.. bodoh pula tu. heheheheh.....


Share/Bookmark
Category : ,

Biar Mati Anak, Jangan Mati Bahasa

Posted by Faiz On 5:52:00 pm 1 comments

Asslamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

 

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.
Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.
Car park yang mengadap DEMC tu..
Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis...alahai kesiannya...
Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya ...
Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu...
Pompuan A:
umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu:
tak boleh ...(sambil menangis)...nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare...
Pompuan C
: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
crying

Mak budak tu:
(sambil menangis)...nanti suami saya marah...
Pakcik B:
isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni...
Pakcik C:
"Mana bapaknya???"
Mak Budak tu: 
"Dia balik Meru ambil kunci"
Semua orang:
"Apa! Meru!!!"
Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram...
Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata..."saya takut suami saya marah" "Tunggu suami saya datang"...Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni... biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?
Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin keta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu...
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen " aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!"
Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu...praannng....!!!! Selesai masalah...
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan...kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru....
Seorang lagi lelaki menjerit "biar saya periksa dia.... saya doktor". Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu...
Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC...bapak dia masih tak muncul-muncul ...ye la Meru tu kan jauh.... mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu...
P/S:pasangan tersebut adalah pasangan Melayu.
Kejadian ni jadi hari jumaat waktu rehat???
Nampak sgt bapak budak ni x p solat jumaat!


Share/Bookmark
Category : , , ,

Bila Nafsu Menguasai Diri

Posted by Faiz On 10:23:00 am 0 comments

Asslamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

lawan nafsu

Ikutilah dialog antara Mr Iman dan Mr Diri
Iman : Assalamualaikum, bos
Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi?
Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri aku berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir
Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit aku habis…entah ar
Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, ma’thurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti
Iman : bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan gembira..
Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali
Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang2 mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…
Diri : maafkan saya. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.
Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?
Diri : janganlah menyalahkan saya.
Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami
Diri : Dah awak tak melawan?
Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?
Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya
Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..
Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami
Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan aku.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..Aku rimas
Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..
Diri : jangan pergi..aku sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya
Iman : Tuan betul-betul sanggup?
Diri : ya, aku kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..
Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi
Diri : Terima kasih..
Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En ma’thurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?
Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya
Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..
Waalahualam..
p/s : maaf jika dah ada yang pos sebelum ni..aku usha2 xder..xtau lar kalo ada..kalo ada, aku mintak maaf..

 

nafsu


Share/Bookmark
Category : , ,
Related Posts with Thumbnails

Siapa Aku?

Special Sponsor

Kebanyakan entri di dalam blog ini adalah daripada pihak Syok.org.
.: sYok.Org :

pengiklanan

Kit Biasiswa Malaysia 2010
160

Rujukan

Komentator

Make your own

Fan Pages

Yang Baik Hati

Award

Award

Twitter

Terima Kasih Kepada

Free Automatic Backlink Get a Free Backlink Free Automatic Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Free Auto Backlink Blogged.my .: sYok.Org : 4east's Profile on Ping.sg 
SelangorBloggers
JohoreanBloggers